Monday 14 September 2015

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

Assalamualaikum....

Lama tak update blog.

Harini nak update masa pergi USS. Singapore.


bawah ni map untuk theme park USS.

boleh tengok perjalanan kami bertiga di USS. tapi takde la power mana review dari aku ni.

aku gerak dari Johor Bahru naik bas sampai ke Resort World Sentosa.
bajet kami biasa-biasa je. sorang dalam RM200++ bus pergi balik dari JB - USS termasuk dengan ticket USS

TICKET USS - RM 200 (ikut currency semasa)

Universal Studios Singapore

Go beyond the screen and Ride The Movies® at Universal Studios Singapore®. Experience cutting-edge rides, shows, and attractions based on your favourite blockbuster films and television series, including Puss In Boots’ Giant Journey, Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON™, TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle, Jurassic Park Rapids Adventure™, Sesame Street Spaghetti Space Chase and more!

MAP USS



korang kena ambik map ni untuk memudahkan perjalanan korang dan apa yang korang nak main masa ada dekat dalam ni. Dalam USS pun ada surau, so korang kena pandai tengok map laaa ye....jangan guna waze pulak..


 


Globe UNIVERSAL STUDIO

memang ramai akan bergambar dekat Globe ni, korang sabar je laa eh, tak pun pandai2 la menyelit. kalau korang tak menyelit alamatnya sampai kesudah laaa xdapat bergambar. #jangancakapabangtakpayung.




tempat beli barang untuk buat kenang-kenangan. :D



semua tempat memang lawa nak bergambar. memang pening kalau nak bergambar dalam USS ni.


POLAR BEAR ICE HOUSE.


celah-celah bangunan dalam USS ni. (masa ni semua tempat stop sebab nak bergambar)




memang cantik view dekat USS ni.... :D 
semuanya macam dekat negara-negara europe. bangunan yg classic.



dekat USS ni, benda paling wajib kena masuk TRANSFORMERS.
memang best!! fuhhhhh!!


relax dulu, penat berjalan bro2 sister2.


this is USS :D


bergambar dengan model FILM THE MUMMY.
muka model memang ketat.... 


ni masa jalan-jalan boleh nak bergambar.. dekat USS ni celah mana pun memang cantik view dia...
so standby la power bank banyak2. untuk cas camera ke phone korang,





kakak dan adik penat. mungkin kelaparan jugak. 
time ni kami dah tak tahu nak pergi mana. sebab tunggu time show.



JURASSIC PARK.

naik rollercoster yang sangat santai, tapi kaki terapung. tengok macam takde apa, tapi bila dah naik cuak gak laaaa.. rasa terapung je... :D



 sorry ni ambik gambar je, nak naik main takpe laa.. sbb aku pun ada darah gemuruh. macam lagu faizal tahir. prett......




Sesame Street souvenir

 
Persembahan dari sesame street and friend.
memang cool la persembahan dorang ni semua. budak kecik sampai yang besar boleh layan.


 
SHREK THEME PARK. 
masuk dalam ni memang best. sebab 4D adventurre. memang terasa 4D dia.



salah satu tempat yang best nak bergambar.



THE LOST WORLD
kat sini boleh tengok dorang buat macam teater.
water world.
siapa yg excited duduk depan, mesti basah.... pelakon-pelakon semua ada pistol air. setiap tempat duduk ada level-level dia.



REVENGE OF THE MUMMY.
OK! yang ni tengok dari luar memang. rasa nak main je kannn. siapa yang datang uss ni mesti kena masuk dan wajib main ni, memang TERBAEKKKKK!! -pengsan- hahahahhaha....boleh rasa rollercoster jalan terbalik dengan kelajuan yang mencabar jantung dan hati korang...

so siapa tak cuba memang rugi laa... rollercoster dalam gelap dan paling awesomeee!!!





p/s : korang nak pergi uss boleh ambik dengan travel agency or korang boleh plan sendiri. ikut bajet masing. lagi satu kalau nak pergi sana standby makanan ringan untuk jimat duit anda bagi yang kurang bajet. sebab makan dalam USS semua agak mahal... duit boleh beli barang untuk buat souvenir / cenderahati



best regards 
MVS

azwanshah.


bloodrunner. stayfit.

No comments:

Post a Comment